Sila menggunakan web browser Google Chrome atau Mozila Firefox untuk melihat blog ini.Terima kasih. AKSES | Education: PSS- Sumber Transformasi Pendidikan
Have an account?
Posted by Follower of Christ on Monday, July 5, 2010 in ,
 (A) Pandangan tuan Pengetua tentang 
"PSS-Sumber Transformasi Pendidikan"


(Tuan Pengetua SMKAK, En.Razali bin Ali)





 


SMK Ayer Keroh, Melaka (28 Jun 2010) - Seramai 3 orang Pengawas Pusat Sumber SMK Ayer Keroh, Melaka iaitu Kristy Anne Nunis(perakam), Sau Ying Hui(menyoal) dan Chua Guey Herng(pencatat) telah menemu ramah Tuan Pengetua SMK Ayer Keroh, Encik Razali bin Ali berkaitan topik "Pusat Sumber Sekolah- Sumber Transformasi Pendidikan" sempena pertandingan Blog Pusat Sumber yang dianjurkan oleh pihak Pustakam. Beliau menjelaskan bahawa Pusat Sumber merupakan Sumber Transformasi Pendidikan.


 (B)Kepentingan Pusat Sumber Sekolah 
kepada para pelajar dan guru


Kebanyakan pelajar memperolehi Sumber rujukan atau bacaan 
bagi tujuan untuk mengulangkaji dan membuat tugasan-tugasan sekolah 
mahupun tugasan luar yang berkaitan dengan pendidikan.


Dengan adanya pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen plasma Astro, 
Radio, komputer, tempat duduk selesa serta bahan-bahan bacaan dan multimedia disediakan, 
para pelajar bukan sahaja boleh menjadikan Pusat Sumber sebagai Perpustakaan tetapi juga 
tempat untuk rehat dan menenangkan fikiran pada masa yang sama, memperoleh pengetahuan.


Pandangan dan komen pelajar :


Kristy Anne Nunis (4A) berkata : 
"Seronoknya duduk di Pusat Sumber! Buku rujukannya pun agak banyak. Saya suka Pusat Sumber kami ! "






Auni Syafiqa (2RK) berkata :

"Pusat Sumber kami best sebab boleh bergurau-senda dengan rakan-rakan dan cikgu Zul dan duduk menikmati penghawa dingin."







Mathumaalini a/p Subramaniyam (5A) berkata :
"Pusat Sumber mempunyai pelbagai bahan yang boleh membantu dalam pelajaran saya"




Sau Ying Hui (4G) berkata : 
" Saya biasanya suka duduk di Pusat Sumber, membaca buku cerita, 
berbual-bual dengan kawan-kawan dan melayari Internet."







Mellisa Tan (4A) dan Melvin Tan (4B) berkata :
"Our Pusat Sumber is excellent...but please put more English novels.Thank you !"




Nur Syaza, Alya Aisya dan Arinah (2RK) berkata :
"PSS kami best sebab ada banyak buku baru yang boleh dipinjam. Kami juga boleh tolong cikgu Zul dan menonton televisyen LCD Flat screen dengan Astro di PSS !"

Nur Syafiqah dan Aida Syazwina (4A) berkata :
"Pusat Sumber memberikan kemudahan kepada pelajar untuk belajar dengan selesa dan pelajar boleh mendapat maklumat yang diingini"


Apakah pandangan Guru-guru pula ?

(Guru Bahasa Inggeris, Pn. Norma)


Pandangan beliau tentang Program NILAM  :
" The NILAM programme has been quite successful and the students are giving full commitment and cooperation during the NILAM sessions "

Siapakah En. Zul ? 



(Guru Perpustakaan dan Media - En. Zulkiffli bin Amil)


En. Zulkiffli bin Amil, iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Pusat Sumber SMK Ayer Keroh.


kata-kata aluan beliau : 
"Saya mengalu-alukan segala bentuk pandangan dan cadangan dari warga sekolah (terdiri daripada pelajar dan guru) bagi meningkatkan pengurusan dan kepimpinan pusat sumber sekolah. Sesungguhnya pengintegrasian sumber media yang seiring dengan kemahiran serta literasi maklumat adalah satu anjakan paradigma dalam membina bangsa membaca."


0 Responses to “PSS- Sumber Transformasi Pendidikan”:

Post a Comment

Komen anda akan dibaca secepat mungkin.

Majalah Pendidikan

e@siswa e@siswa e@siswa

Laman IPTA Malaysia