Sila menggunakan web browser Google Chrome atau Mozila Firefox untuk melihat blog ini.Terima kasih. AKSES | Education: Selamat Datang !
Have an account?
Posted by Follower of Christ on Friday, July 16, 2010 in ,
Selamat sejahtera dan ribuan terima kasih kami ajukan kepada para pelawat dan pembaca blog kami ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud AKSES | Edu? AKSES sebenarnya Ayer Keroh Secondary Excellent School yang merupakan nama Inggeris bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK) manakala Education ialah Pendidikan.


SMK Ayer Keroh mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru. 



Tenaga pengajar SMKAK terdiri daripada 17 orang guru sementara 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini, tenaga pengajar telah bertambah seramai 46 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan guru.


Dengan berpegang pada motto kami iaitu "Kecemerlangan tekad kami", kami sentiasa memastikan bahawa pelajar-pelajar kami sentiasa cemerlang dari pelbagai segi dalam akademik serta kokurikulum. 


Banyak aktiviti dan program telah dijalankan sepanjang tahun. (Sila lihat menu "Aktiviti Lepas" di sebelah kiri skrin)


Blog ini dibina pada tahun 2010 sempena Hari ICT Dunia dan dikendali oleh Kristy Anne Nunis (pelajar Tingkatan 4A) khasnya bagi membekalkan sumber-sumber pendidikan kepada setiap warga sekolah SMK Ayer Keroh terutamanya para pelajar. 


Blog ini dibina bagi merealisasikan Visi kami yang berbunyi "SMK Ayer Keroh akan menjadi sekolah cemerlang di peringkat negeri Melaka menjelang tahun 2010"


Sekian sahaja. Saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana melawati blog kami ini!


Jika anda mempunyai komen, pandangan ataupun pertanyaan, sila menghubungi pihak kami (Maklumat boleh didapati di bahagian bawah blog ini.)



0 Responses to “Selamat Datang !”:

Post a Comment

Komen anda akan dibaca secepat mungkin.

Majalah Pendidikan

e@siswa e@siswa e@siswa

Laman IPTA Malaysia