Sila menggunakan web browser Google Chrome atau Mozila Firefox untuk melihat blog ini.Terima kasih. AKSES | Education
Have an account?

Kata-kata Aluan Blogger

CATEGORY: | Sunday, July 25, 2010
0
Hello, para pembaca yang dikasihi sekalian !

Izinkanlah saya memperkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Kristy Anne Nunis, berumur 16 tahun dan masih bersekolah di tingkatan 4 Alpha di SMK Ayer Keroh, Melaka.

Saya amat bersyukur kerana pihak sekolah, khususnya Cikgu Fakhri Ahmad telah memberi saya peluang bagi menghasilkan blog ini demi pertandingan Membina Blog "Educational Blogging-Ilmiah" yang dianjurkan oleh pihak UPSI sempena Hari ICT 2010.

Blog "AKSES | Education" ini dibina berasaskan format blog rasmi dan mengandungi sumber-sumber yang berguna, khususnya bagi membantu pelajar dalam pelajaran.

Saya telah berusaha untuk memastikan Blog ini memaparkan keunikannya dari segi luaran, iaitu "template"nya, penyampaian kandungan, gambar-gambar, "blog widget" dan unsur-unsur informasi laman web supaya blog ini dapat menarik perhatinan orang ramai. Sudut bersembang atau Chat box turut disediakan.

Sekain sahaja. Saya harap para pengunjung dan pembaca menyukai blog ini dan menggunakan blog ini dengan sebaik-baiknya.

Jika anda ingin menjadi Author (Penulis) blog ini, sila hubungi saya melalui email : kristy1994nunis@hotmail.com

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau comment, anda boleh meninggalkan mesej di chat box ataupun mengubungi saya melalui emel saya.

Sekian, terima kasih !

Yang benar,
Kristy Anne Nunis
(Pelajar Kelas 4 Alpha, SMK Ayer Keroh, Melaka)

Selamat Datang !

CATEGORY: , | Friday, July 16, 2010
0
Selamat sejahtera dan ribuan terima kasih kami ajukan kepada para pelawat dan pembaca blog kami ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud AKSES | Edu? AKSES sebenarnya Ayer Keroh Secondary Excellent School yang merupakan nama Inggeris bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK) manakala Education ialah Pendidikan.


SMK Ayer Keroh mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru. 

Hari Guru 2010

CATEGORY: , , |
0
Tempat : Dewan Besar, Foyer dan Anjung Ilmu SMK Ayer Keroh
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tarikh : 17/05/2010

Experiment Bedah Katak Biology

CATEGORY: , , | Wednesday, July 14, 2010
0

By : Chua Guey Herng


PSS- Sumber Transformasi Pendidikan

CATEGORY: , | Monday, July 5, 2010
0
 (A) Pandangan tuan Pengetua tentang 
"PSS-Sumber Transformasi Pendidikan"


(Tuan Pengetua SMKAK, En.Razali bin Ali)

Pertandingan Futsal SMKAK 2010 ! (FIFA @ SMKAK)

CATEGORY: , | Saturday, July 3, 2010
0
By : Kristy Anne Nunis


Pertandingan Futsal peringkat sekolah SMK Ayer Keroh telah berlangsung di Dataran Ilmu SMK Ayer Keroh selama beberapa hari lepas. Pahlawan-pahlawan kelas kami turut turun ke Dataran untuk berlawan dengan kumpulan kelas lain pada hari Khamis yang lepas (1 Julai 2010). 





[Lihat bawah jika sudah klik Continue Reading]


Masa itu hujan lebat,namun mereka tetap bersemangat dan berusaha memasukkan bola ke dalam gol.

(Adib Hadi, salah seorang pemain Futsal kelas kami)

Semangat juang mereka patut dicontohi !


Kelly akan terbang ke Jermen !

CATEGORY: , , | Friday, July 2, 2010
0
 Adapted from : http://kristyannenunis.blogspot.com

By : Kristy Anne Nunis
(Corner right: Kelly Anne Nunis)

Taniah diucapkan kepada rakan sekelas kami, Kelly Anne Nunis kerana menjuarai pertandingan menulis esei Biodiversity yang dianjurkan oleh AEON Jusco. 

(Check out Kelly's news on newspaper- The Star and Utusan Malaysia)


Bahasa Inggeris: Persembahan Drama

CATEGORY: , , | Thursday, July 1, 2010
0
By: Kristy Anne Nunis

Topic: Acting the Form 4 English Drama (Gulp and Gasp)
Date : February 2010
Place: SMK Ayer Keroh Foyer 


Physics 4A Rocket Competition

CATEGORY: , |
0
Adapted from : http://kristyannenunis.blogspot.com

By: Kristy Anne Nunis 
..a simple handmade rocket
made with two 1.5 litter 100plus bottles, sticky tape, cardboard
and not forgetting..."1 Malaysia spirit"...


Projek Sivik : KOLAM

CATEGORY: , , , |
0
Adapted from : http://kristyannenunis.blogspot.com


By: Kristy Anne Nunis

Pusat Sumber Sekolah

CATEGORY: , | Wednesday, June 23, 2010
0
Pusat Sumber SMK Ayer Keroh
Gambar oleh : Pn. Andi Anggeriani

(Atas: GPM Pusat Sumber SMK Ayer Keroh - En.Zulkiffli sedang menjaga Kaunter)

(Bawah: Sudut buku bukan Fiksyen)
(bawah: Antara buku-buku Bukan Fiksyen)
(Bawah: Para pelajar mengunjungi Pusat Sumber semasa waktu Rehat)
(Bawah: Tempat duduk yang disediakan )
(Bawah: Sudut majalah dan barangan tradisional)

(Bawah: Flat screen TV yang dilengkapi dengan Astro adalah antara kemudahan yang disediakan)
(Bawah: Kaunter pinjaman dan pulangan buku)
(Bawah: Smart-tag pelajar digunakan bagi proses perminjaman dan permulangan buku)
(Proses pinjaman buku adakalanya merupakan sesuatu yang menyeronokan)

Gambar oleh :
Pn. Andi  Anggeriani

Visit our Facebook fanpage to view more image :

Program NILAM

CATEGORY: , | Tuesday, May 25, 2010
0



    Lagu NILAM 



Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan
Wawasan anda
NILAM program membaca
Memberikan semangat
Membaca dengan jaya
Budaya kita
Bina tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Bina tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Segala yang diberi
Tidak terhingga
Jadi rakan membaca
Juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari
Anugerah diberi


NILAM, NILAM
Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM , NILAM
Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar
Amalan hidup mulia
Dengan tabiat membaca
Matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali
Pasti lebih berseri
Amalan membaca
Menjana minda bestari (2X)
NILAM









PENGENALAN NILAM


Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi  pengiktirafan  yang  sesuai. Program  ini  merupakan  pendekatan menyuburkan  tabiat membaca dalam kalangan pelajar.





MATLAMAT


1. Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar


2. Melahirkan murid yang berkepimpinan , berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.




OBJEKTIF

*Menjadikan pelajar suka membaca.


*Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.


*Memupuk budaya membaca Sepanjang hayat


*Menggalakkan penggunaan bahan  di PSS




SASARAN


Semua pelajar mencapai tahap Rakan Pembaca (100 buah buku) dalam Program NILAM sepanjang berada di SMK Ayer Keroh menjelang akhir 2010.


Kempen Membaca

CATEGORY: , |
0
Slogan Kempen Membaca (mengikut tahun)



1995-
Mari Membaca Bersama
1996-
Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997-
Melangkah ke Era Siber : teruskan dengan membaca
Mendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membaca
Menjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu
1998-
Kalau dahulu saya amalkan membaca – anda masih belum terlambat...
1999-
Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda
2000-
Baca Amalan Ceria Anda : Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi
2001-
Membaca Merdekakan Minda
2002-
baca@gaya hidup

2003-
Membaca Santapan Minda Sekeluarga
Bacalah Bersama Keluarga...
2004-
Rajin Membaca Pasti Berjaya
2005-
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2006-
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2007-
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya


Bangsa Membaca Bangsa Berjaya







Gambar Pengawas Pusat Sumber 2005

CATEGORY: , | Thursday, May 6, 2010
0


























(Sumber: Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Logo Sekolah

CATEGORY: , |
0

(Sumber: Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Sejarah Sekolah

CATEGORY: , |
0

































Sejarah SMK Ayer Keroh 



      Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK)  mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru. Tenaga pengajar SMKAK terdiri daripada 17 orang guru sementara 4 orang kakitangan bukan guru pada tahun 2004. Kini, tenaga pengajar telah bertambah seramai 46 orang guru dan 8 orang kakitangan bukan guru.
      Pelajar-pelajar SMKAK adalah lepasan SK Ayer Keroh, SRJK(C) Ayer Keroh, SK Bukit Beruang, SK Demang Husin, SK Jalan Datuk Palembang, SMK Bukit Baru, SMK Tinggi St. David, SMK Bukit Katil, SMK Munshi Abdullah dan SMK Tun Mutahir. Pada tahun 2004, sekolah ini hanya menerima pelajar tingkatan satu, dua dan empat iaitu seramai 246 orang sahaja. Namun begitu, pada tahun 2006, bilangan pelajar meningkat sebanyak 516 orang manakala jumlah kelas ialah 23 buah serta sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
      Secara umumnya, SMKAK terdiri daripada 10 blok iaitu blok A (Pentadbiran), blok B (bilik darjah), blok C (bilik darjah), blok D (bilik makmal), blok E (bengkel), blok F (bengkel), blok G (kantin), blok H (stor sukan), blok K (surau) dan blok L (dewan serbaguna). Keluasan tanah kawasan sekolah ialah 7.55 ekar (328,878 kaki persegi), keluasan binaan (bangunan berbumbung) 9,556.17 meter persegi (102,859 kaki persegi) dan harga binaan sekolah ialah RM13.8 juta yang dibina mengikut konsep "Design & Build”.

(Sumber : Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Lagu Sekolah

CATEGORY: , |
0





































(Sumber: Majalah SMK Ayer Keroh edisi 2004/2005)

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber 2009

CATEGORY: , , , | Friday, April 30, 2010
0
Tempat : Dewan Besar SMK Ayer Keroh

(Atas: Guru Besar bersama tetamu jemputan di luar dewan)
(Atas: Persembahan Seni Pertahanan Diri Silat oleh Pasukan Silat SMK Ayer Keroh)
(Atas: Para hadirin yang terdiri daripada guru dan pelajar
(Atas: Persembahan Choral Speaking)


Majalah Pendidikan

e@siswa e@siswa e@siswa

Laman IPTA Malaysia