Selamat sejahtera dan ribuan terima kasih kami ajukan kepada para pelawat dan pembaca blog kami ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah maksud AKSES | Edu? AKSES sebenarnya Ayer Keroh Secondary Excellent School yang merupakan nama Inggeris bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh (SMKAK) manakala Education ialah Pendidikan.


SMK Ayer Keroh mula beroperasi pada tanggal 1 Januari 2004 di tapak yang ada sekarang iaitu di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Lokasinya berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) serta berada dalam lingkungan kawasan Hang Tuah Jaya yang merupakan pusat pentadbiran Negeri Melaka yang baru.