Sila menggunakan web browser Google Chrome atau Mozila Firefox untuk melihat blog ini.Terima kasih. AKSES | Education: Nilai Murni Novel Renyah Tingkatan 4 SPM (2010)
Have an account?
Posted by Follower of Christ on Monday, January 25, 2010 in ,
1. Kerajinan
Datuk Dolhi, Wahi dan Albert Lee merupakan antara watak-watak yang menunjukkan nilai kerajinan dalam perniagaan. Mereka rajin bekerja, berfikir dan mampu membina empayar perniagaan hingga ke luar negara. Mereka sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan dan merebut peluang yang ada.

2. Kesabaran 
Wahi tetap menjalankan tugasnya sebagai pegawai di syarikat Dolhi-Albert Holding walaupun mengetahui bahawa dia adalah anak kandung Datuk Dolhi. Dia juga tidak menanya Datuk Dolhi statusnya sehinggalah diberitahu oleh Datuk Dolhi semasa di Jepun.

3. Kasih sayang
Albert Lee amat menyayangi keluarganya. Walaupun sibuk bekerja, dia tetap meluangkan masa bersama isteri dan anak-anaknya di rumah.

4. Menghormati
Wahi menghormati Datuk Dolhi sebagai ketua dan mematuhi serta melaksanakan segala arahan ataupun tugasan yang diberi oleh Datuk Dolhi.

5. Ketabahan
Walaupun ditimpa pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya, Datuk Dolhi tetap tabah menghadapinya. 

"Sampai sini saja nilai , harap dapat membantu !" Kristy Anne Nunis :D
0 Responses to “Nilai Murni Novel Renyah Tingkatan 4 SPM (2010)”:

Post a Comment

Komen anda akan dibaca secepat mungkin.

Majalah Pendidikan

e@siswa e@siswa e@siswa

Laman IPTA Malaysia