Sila menggunakan web browser Google Chrome atau Mozila Firefox untuk melihat blog ini.Terima kasih. AKSES | Education: Watak dan Perwatakan Novel Renyah Tingkatan 4 SPM
Have an account?
Posted by Follower of Christ on Thursday, March 25, 2010 in ,
Watak protagonis (Watak utama)

1. Datuk Dolhi
  • Berumur dalam lingkungan 60-an
  • Mempunyai lima orang anak bersama isteri pertamanya, Datin Tominah serta seorang anak bersama isteri keduanya yang telah meninggal dunia, Mastura.
  • Mengetuai syarikat Dolhi-Albert Holding.
  • Seorang usahawan yang berjaya.
    • Perwatakan : Bijak
      • Dia bijak mencari peluang perniagaan, mengatur strategi perniagaan dan memberi ceramah kepada usahawan muda.
    • Perwatakan : Penyayang
      • Dia menyayangi anak-anaknya serta kedua-dua isterinya.
    • Perwatakan : Rajin
      • Dia rajin bekerja. Walaupun sudah berusia, dia tetap melawat ke tapak projek syarikatnya, pergi ke luar negara untuk mencari peluang perniagaan dan dia rajin membaca buku.
Watak Antagonis

1. Hasnol
  • Anak lelaki sulung Datuk Dolhi dan Datin Tominah
  • Berjawat sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kerajaan.
  • Mempunyai dua orang anak bersama isterinya, Linda.
  • Tidak berminat dalam bidang perniagaan.
    • Perwatakan : Tidak tegas
      • Dia menuruti kata-kata isterinya untuk pergi melancong ke Eropah selepas diugut bercerai oleh isterinya
      • Sanggup menerima rasuah Tengku Munir
    • Perwatakan : Boros
      • Dia dan keluarganya menerapkan gaya hidup orang barat dalam kehidupan harian.
      • Perbelanjaannya melebihi pendapatannya sebagai seorang PTD.
2. Ilham
  • Anak lelaki ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah
  • Penulis dan Penyair yang mencintai alam sekitar
  • Berkelulusan universiti dalam bidang sastera.
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap
    • Perwatakan : Biadap
      • Dia bersikap biadap terhadap bapanya, Datuk Dolhi apabila berbincang tentang alam sekitar dan pembalakan.
      • Menceroboh masuk ke bilik Inem, pembantu rumah Datuk Dolhi.
    • Perwatakan : Sensitif dalam isu alam sekitar
      • Dia menyokong Bruno Manser menentang pembalakan yang dikendalikan oleh syarikat bapanya di Sarawak.
      • Menghasut orang asli Sarawak supaya mengadakan tunjuk perasaan dengan membina benteng manusia bagi menghalang aktiviti pembalakan.
      • Dia memburukkan nama negara ketika berada di luar negara.
      • Mengetuai tunjuk perasaan di luar negara ketika lawatan menteri kanan Malaysia ke negara itu.

3. Mukhlis
  • Anak lelaki keempat Datuk Dolhi.
  • Berkelulusan Ijazah Pentadbiran dari Amerika Syarikat 
  • Tidak mempunyai kerja
  • Berdakwah ajaran Islam songsang
  • Mengahwini Hanisah, janda tuk gurunya yang telah beranak tiga tanpa restu ibu bapanya.
    • Perwatakan : 
0 Responses to “Watak dan Perwatakan Novel Renyah Tingkatan 4 SPM”:

Post a Comment

Komen anda akan dibaca secepat mungkin.

Majalah Pendidikan

e@siswa e@siswa e@siswa

Laman IPTA Malaysia