1. Kita hendaklah memberikan perhatian dan didikan yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil.
Lima orang anak Datuk Dolhi tidak diberi perhatian secukupnya sejak kecil lagi kerana Datuk Dolhi sibuk menguruskan syarikatnya manakala isterinya, Datin Tominah sentiasa keluar bersama datin-datin lain.
2. Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sedaya-upaya.
Wahi diberi peluang menimba ilmu di Jepun selama empat tahun. Dia telah memanfaatkan ilmu itu dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh itu dalam Syarikat Dolhi-Albert Holding. Walaupun di Jepun, dia tetap menyediakan dan menghantarkannya kepada Datuk Dolhi dari Jepun.
3. Kita perlu rajin membaca.
Datuk Dolhi rajin membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memantapkan idea ketika memberikan ceramah.
4. Janganlah kita mencemarkan nama baik negara
Ilham menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia kerana dia memburuk-burukkan negara berkaitan isu pembalakan dan pelestarian alam sekitar.
5. Jangan melibatkan diri dalam gejala sosial.
Hasnol dan Dani ditahan polis kerana terlibat dalam menerima rasuah serta penyalahgunaan dadah. Perbuatan mereka telah menyusahkan keluarga serta menjejaskan reputasi Datuk Dolhi dan syarikatnya."Sampai sini saja Pengajaran. Harap ini dapat membantu anda! " Kristy Anne Nunis :D
Anonymous | On: March 25, 2010 at 4:44 PM
tqvm!!!!! could you make the plot for this novel? Pleaseeeee...........
alia | On: June 19, 2010 at 9:04 PM
alaa..buat la kajian pasal whole novel~ boleh la ea?? thx